SEREMBAN: Meskipun tahu sukar untuk membawa Jahidah Nordin, 45, yang koma ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk prosiding perbicaraan, namun keluarga bersedia berbuat demikian jika ia diperlukan.
Adiknya, Fauziah Nordin, 41, berkata, pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.
"Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah menghubungi adik saya, Fazariah Nordin dan bertanya sekiranya kak Jahidah boleh dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan kes dalam waktu terdekat.
"Kalau boleh memang nak bawa kak Jahidah supaya mahkamah boleh lihat apa yang terjadi kepada kakak atas kejadian berlaku dan juga demi keadilannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Dalam pada itu, dia berkata, badan bukan kerajaan (NGO), Dana Kita telah menyatakan hasrat untuk membantu menyediakan perkhidmatan ambulans untuk membawa Jahidah ke mahkamah di Johor Bahru, Johor.
Menurutnya, ia selepas adiknya membuat hantaran di Facebook memaklumkan kebimbangan sama ada dapat membawa kakak ke mahkamah atau tidak kerana kos menaiki ambulans yang mahal.
"Pengasas Dana Kita, Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli yang menghubungi Fazariah, berhubung bantuan tersebut.
"Alhamdulillah ada pihak sudi membantu menyediakan perkhidmatan ambulans dan jika perlu bermalam mereka juga akan uruskan semuanya," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan perubatan Jahidah boleh menyumbang melalui akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).
Sementara itu, Mohd Fadli Salleh juga ada membuat hantaran di Facebook memaklumkan yang mereka membuat keputusan membantu Jahidah walaupun mereka beroperasi di Gombak, Selangor.
"Biar pun kami jauh, kami akan hantar team (pasukan) untuk ambil dan hantar kak Jahidah sepanjang sesi mahkamah berlangsung. Kes ini kes yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu.
"Kami sebelum ini tak mampu bantu apa-apa kerana bukan dalam bidang kuasa kami. Namun sebaik kami diperlukan, kami akan cuba bantu sebaik mungkin.
"Insya-Allah, kes ini Dana Kita akan cover secara percuma," tulisnya di Facebook.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 11 2023
Jahidah perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu. -Foto Sinar Harian
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.
Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan
Bantuan bulanan JKM kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya.
'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'
Tidak pernah putus harapan untuk melihat Jahidah sembuh atau sekurang-kurangnya dia boleh bercakap semula.
"Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
-KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan. Ini luahan rasa adiknya, Jahidah di akaun media sosial TikToknya.
Jahidah positif COVID-19
Pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.
Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
Jahidah sudah dibenarkan pulang
Jahidah bagaimanapun terpaksa ditahan di wad kerana luka pembedahannya masih belum kering dan memerlukan pemantauan doktor.
Bayi wanita koma dipukul suami dibenar bawa pulang
Bayi yang diberi nama Jihady Nasywan itu selamat dilahirkan Selasa lalu di Hospital Tuanku Jaafar(HTJ).
Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki
Menerusi hantaran Facebook adiknya, Fauziah Nordin, 40, Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira jam 9 malam.
Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga
Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan.